cerita cinta

Cinta…

Segala yang indah menjadi kenangan….segala yang pahit ku lemparkan jauh dari kamus hidup ini. Agar cintaku sentiasa segar dan mekar mewangi tanpa calitan noda….Aku pernah kecewa…sekali, mungkin dua kali, dan mungkin berkali-kali……

Kecewa kerana cinta di dusta….kecewa kerana dipermainkan….pernah hati ini meronta dan membantah dengan takdir yang ku rasakan tidak adil…tapi naluri keimanan terus mengintai dan mencelah, menyedarkanku akan hukum alam dan Qadar dan Qadar. Lalu ku pohin kemaafan dan keampunan daripadaNya…agar hati terus tabah dan tenang dalam menghadapi ujian ini…semoga hati ini terus kuat dan bersemangat….

Ku bangun melangkah meninggalkan cinta yang kian pudar….yang penuh kepalsuan dan hanya menyakitkan hati….bersama doa yang tak pernah lekang, aku melangkah dan terus melangkah…melupakan segala yang menyakitkan.

Cinta sentiasa mengekori…aku jatuh lagi…jatuh cinta pada senyuman manis dan memikat hati…senyuman yang membuat lenaku selalu terjaga…. senyuman itu sentiasa terbayang di ruang mata. Hidupku kembali ceria dengan senyuman itu…walaupun masih sirna dan pudar, kurasakan cinta itu makin dekat.

Dengan harapan berkobar, aku kembali melakar angan…kurasakan dia begitu dekat..walaupun pada hakikatnya….tidak menjanjikan sesuatu yang pasti….dengan senyuman itu aku kembali ingin bercinta dan dicintai…senyuman itu bagaikan satu semangat…

Dan Allah itu menentukan segalanya….huluran sms ku mendapat respon yang baik….tiap hari hanya sms yang mengubat rindu….rindu yang makin menebal…rasa sayang mula bersemi, rasa cinta mula mengusik hati…dan, aku mula angau…senyum sendiri, bercakap depan cermin…macam remaja yang baru bercinta…..

Bila dia menghulurkan cinta…kusambut dengan mesra dan penuh kasih sayang…janjiku…akan ku setia hingga ke akhir hayat…akan ku pelihara cinta ini setulus hatiku…..akanku semat dalam hati

titin, terima kasih kerana menyalakan dan menghangatkan semula api cinta yang kian malap di hati ini….semoga cinta kita terus mekar dan abadi hingga selamanya…

0 Response to "cerita cinta"