republik cinta

DEWA 19 - REPUBLIK CINTA


Para Baladewa mungkin teringat kata-kata Dhani semasa album Laskar Cinta dikeluarkan pada awal tahun lepas yang berbunyi, "...untuk pengetahuan kalian semua, album ini adalah album terakhir Dewa".


What??

No more Dewa??

This can't be true??

Jawapannya ..Ya.

Ini adalah kerana Dewa telah kembali menjadi Dewa 19 (..bukan Dewa19 - notice the gap between the word Dewa and 19).

Republik Cinta lahir sebagai nafas yang baru dalam perjalanan seni Ahmad Dhani, Once, Tyo, Yuke dan Andra. Sebuah album yang padat dengan lagu-lagu yang bertemakan cinta yang luas pengertian dan pemahamannya. Trademark Dhani masih lagi ada dalam album ini, tapi ternyata dia lebih inovatif dalam memperkemaskan penulisan lagu dan liriknya. Single pertama dari album ini Laskar Cinta mempunyai mesej yang sangat tajam dan sangat straightforward. Mungkin juga Dhani menulis lagu ini sebagai jawapan terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya berkenan isu kulit album Laskar Cinta. Ini jelas sekali pada bahagian korus tatkala Once menyeru, "...Laskar cinta, Sebarkanlah benih-benih cinta. Musnahkanlah virus-virus benci. Virus yang bisa rosakkan jiwa dan busukkan hati..". Kedengaran seperti Dhani dan Once memberi nasihat dan amaran kepada manusia yang penuh dengan sifat kebencian. Tema nasihat tersebut diperkuatkan lagi dengan rentak lagu Laskar Cinta yang bercirikan irama padang pasir, ataupun mengikut kata Dhani sendiri, World Music.

Aku juga sangat tertarik dengan lagu Emotional Love Song ketika suara Once meruntun "...Jangan sakitiku lagi!" yang membangkitkan feel yang hampir sama seperti lagu Pupus tetapi dalam beat yg sedikit up tempo. Lagu Sedang Ingin Bercinta pula menunjukkan kreativiti dan kematangan Dewa 19 kerana berjaya menggabungkan muzik pop, rock, R&B dan juga dangdut(!). Lagu ini bermula seperti lagu R&B dengan bunyi drum machinenya kemudian bertukar menjadi lagu rock pada bahagian korus sejurus dengan bunyi gitar Andra. Yang paling menarik ialah pada versi ketiga lagu ini, kedengaran suara Mulan dari kumpulan Ratu menyanyikan lagu tersebut dengan gaya dangdut yg kedengaran sangat sesuai dengan feel yang cuba dibawa oleh lagu tersebut. Pure genius.

Lagu Perasaanku Tentang Perasaanku Padamu pula membuat kita terbuai dengan irama ala Motown, lengkap dengan suara latar '..oooh la la' pada korus. Tak tahu kenapa, intro lagu ini mengingatkan aku pada lagu Unchained Melody. Suara Once sekali lagi kendengaran sangat melankolik dalam lagu Lover's Rhapsody terutama sekali pada bahagian korus yang mempunyai susunan strings yang hebat, sehebat permainan dram Tyo. Dewa juga buat pertama kali merakamkan sebuah lagu cover Queen, I Want To Break Free. Dhani pernah menyebut, Queen dan opera rocknya merupakan salah satu dari pengaruh besar terhadap muzik Dewa 19 dan jelas ini adalah satu penghormatan Dhani kepada idolanya. Versi Dewa 19 kedengaran lebih rock dan edgy dari versi asal dan menampilkan penggunaan efek gitar yang menarik daripada Andra.

Lagu yang paling aku gemari (..setakat ini) ialah trek yang paling akhir dalam album Republik Cinta, lagu berjudul Selimut Hati. Sebuah lagu simple dengan puisi cinta yang sangat indah. Lagu ini bermula dengan petikan gitar akustik yang menetapkan mood dan feel syahdu pada lagu tersebut yang mengingatkan aku pada feel lagu Kosong dari album Cintailah Cinta. Dan ketika suara Once mengalunkan bait-bait lirik dalam melodi yang sangat indah, aku pasti siapa sahaja yang mendengar akan turut dibuai oleh kesyahduan irama lagu ini. Dan ketika mendengarkan lagu ini, aku yakin tiada lagi band lain yang dapat menulis lagu cinta seindah dan sehebat Dewa 19.

Mungkin ada dari para penggemar Dewa 19 merasakan band ini sudah hilang bisanya selepas pemergian Ari Lasso. Mungkin ada juga yang terlalu berharap supaya Dewa 19 sekali lagi dapat menghasilkan karya agung seperti Cintailah Cinta. Walau apa pun tanggapan pendengar, satu hakikat yang dipersetujui oleh penggemar muzik mereka adalah, pada apa nama sekalipun, Dewa atau Dewa 19 tetap unggul sebagai sebuah band yang paling inovatif dan kreatif dengan lagu-lagu indah bertemakan satu perkara yang ada pada setiap manusia yang mempunyai perasaan di dunia ini : Cinta.

0 Response to "republik cinta"